Wednesday, September 09, 2009

Tudung CT ....yer ker?

Ni tudung yg di buat semlm sbb nak de-stressed.....tetiba lepas berbuka tak leh menjahit, stuck n really tak tahu nak wat apa.....so pikir2 ..maybe buat something ...something for fun n try n error things.....

so inilah mendanya...tak hbs lagik jahit manik n tak letak lg bling2 swarzobski (betul kah) kat bahagian body.... ..kira paham lah kan...

saiz besar sikit dr std ...boleh pakai ngan yg colour olive/ lumut, atau printed base colour sama....

nak jual ker tak ...sbb saya mmg tak pakai yg macam ni........sapa nak?


gambar penuh


bahagian atas kepala yg belum siap dgn manik, tp dah letak baru sawr ori...



gambar lilit atas ...

bahagian lilit tepi ...

hehehe aku ker yg buat tudung ni.....


PS: credit to Kak Kee....dia yg bg tunjuk ajar .....

Tuesday, September 08, 2009

SILA ABAIKAN ENTRY INI ...


1

2


3


4


5


6


7

9 - for 1 tudung only


10 - sold out


11 sold out


12 - sold out

13 - sold out

14 sold out


15- Kak Haliza


16



18 sold out


20


21- kak haliza


22


23




25 sold out



For viewing...and more to come ....about another 15 designs....
Some of this I sell a ready cut (1m) for tudung making, please check availability.
At the moment all post service is not available. Will continue a week after Aidilfitri.

Saturday, September 05, 2009

Order Closed...

Salam to all.

Please to be informed that all tudung orders are closed till after Aidilftri . New order will be open by 1st October 2009.

For those who has made an order from me for Aidilfitri, all your orders will be delivered by 13th September, by hand or post.

For those who I cant make it for you, my humble apologies for that.
For the distributors to be, at the moment all tudung is out of stock. We will discuss all the opportunity after Aidilfitri.

I want to say thank you for those who has place an order from me, since day 1 until today. Your overwhelming support has make me today. If without you guys, I believed i never at this stage today.

For the sms and calls yesterday till today + emails and other well said, I am so glad to have someone like you around me. Thank you for the courage and advices, tips and also the new order make. Thanks from bottom of my heart...

The best thanks goes to my dear husband who never failed to give me the best of his effort in supporting me in whatever he can and far beyond he can. Thanks....I believed that I can because I have you...

Friday, September 04, 2009

Its in KOSMO today....I am tahnkful for this..

Sila layari di sini (di ambil dr Kosmo online)

Jahit sendiri dan jual


NORASHIKIN mempertaruhkan jenama tudung, Shikin's Touch untuk dikomersialkan.


PEMAKAIAN tudung kini sudah menjadi trend dalam kalangan muslimah. Pelbagai gaya boleh diperagakan dengan pelbagai jenis tudung dan material.

Ekoran permintaan yang tinggi, harga tudung melambung mengikut fesyen dan material. Bagi sesetengah wanita, mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli tudung.

"Tudung yang berkualiti dan diperbuat daripada material yang baik, mahal harganya.

"Memikirkan itu, lebih jimat jika saya menjahit sendiri tudung daripada berhabis ratusan ringgit hanya untuk mendapatkan sehelai tudung berjenama," kata Norashikin Ishak, 31, ketika ditemui Kosmo! di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambah menarik, dia sebenarnya tidak tahu menjahit dan hanya belajar menjahit tudung melalui Internet.

"Dulu, kalau butang baju saya tercabut, saya tak akan pakai baju tersebut sebab malas nak menjahit butang yang tercabut itu.

"Namun, selepas menyertai sebuah forum di Internet, saya memberanikan diri untuk mencuba menjahit tudung. Sebanyak 10 tudung pertama yang saya jahit, hancur (tidak menjadi)," katanya ketawa.

Menceritakan bagaimana dia memulakan perniagaan menjahit dan menjual tudung, Norashikin memberitahu, segalanya bermula sejak suaminya menghadiahkannya sebuah mesin jahit.

"Kalau nak diikutkan, saya memang tidak pandai menjahit tetapi bila dah selalu mencuba, akhirnya berhasil.

"Apabila saya mula mendapat tempahan daripada teman dan keluarga terdekat, idea untuk memulakan perniagaan timbul. Saya fikir, apa salahnya saya mencuba untuk memasarkan hasil jahitan saya," katanya.

Norashikin memberitahu, dia mementingkan kualiti jahitan pada setiap tudung yang dihasilkannya kerana dia mengutamakan kepuasan pelanggan.

"Saya sendiri menjahit semua tudung ini. Oleh itu, saya sendiri yang menetapkan kualitinya. Jika di kedai atau kilang, mereka mementingkan kuantiti sehingga kualiti diabaikan.


MENJAHIT sendiri tudung-tudung yang dihasilkan untuk menjamin kualiti.


"Saya juga akan memilih material dengan teliti. Kebanyakan kain, saya beli dari gedung sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Selain itu, saya juga membeli kain dari Vietnam dan Korea.

"Bagi tempahan kain dari luar negara, saya akan pilih sendiri pembekal dan bukannya memilih melalui katalog atau Internet. Dengan itu, saya boleh tahu setiap kualiti kain yang ingin dibeli," kata Norashikin yang bukan sahaja menjual tudung, malah dia juga menjual kain untuk membuat tudung.

Tudung-tudung yang dihasilkan Norashikin dengan label Shikin's Touch dijual pada harga antara RM45 hingga RM75 mengikut fesyen dan juga material kain.

Menurut Norashikin, dia mampu menjahit lima hingga 10 helai tudung sehari mengikut material kerana ada sesetengah kain mudah untuk dijahit dan ada yang sukar seperti kain sifon.

"Kain sifon agak susah dijahit berbanding dengan kain lain seperti kain kapas. Tudung dengan hiasan manik juga mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Segalanya bergantung pada tempahan.

"Untuk koleksi terbaru, saya menampilkan kombinasi warna berani (shocking) memandangkan muslimah kini lebih berani dalam berfesyen," katanya lagi.

Norashikin bukan sahaja menerima tempahan daripada orang perseorangan, malah dia juga menerima tempahan daripada persatuan-persatuan dengan setiap tempahan mencecah 50 helai.

Bercerita mengenai masa depan, Norashikin berharap dapat membuka sebuah kedai alatan jahit dan butik pakaian muslimah, selain cuba memasarkan produk Shikin's Touch ke pasaran yang lebih luas.

Buat masa ini, dia sedang mencari lebih ramai pemborong atau peniaga untuk memasarkan tudung yang dihasilkannya.

Dia juga akan mengambil beberapa pekerja bagi membantunya menyiapkan tempahan pelanggan. Bagaimanapun, dia tetap akan menjahit sendiri tudung-tudung tersebut bagi mengekalkan identiti jahitan.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tudung yang dihasilkan oleh Norashikin, boleh layari www.shikinstouch.com atau hubungi talian 012-7252506.


Thanks to Cik Julia Ismail atas temuramah ini.

Thursday, September 03, 2009

Saja nak tulis....

Mlm ni tak leh tido sementara menanti siaran ulangan siri Arab yg best gila...Qamar bani hashim...so bolehlah grumble2 sekejap....

Mak
sejak dua menjak ni mak mcm dah tak kata ayat ulangan pedas penuh maknanya..."penat aku hantaq hang pi ngaji tinggi2, blk hang menjahit..."
macam dia dah nampak apa yg anaknya yg degil ni tgh usahakan...cita2 dah harapan yg menyala utk maju dgn cara sendiri...sokongna padu dr mak beri lately benar2 buat aku rasa mcm nak terbang ...tp aku masih berlari anak supaya kalau jatuh tak sakit....TQ mak...sbb sgt2 memahami anakmu walau pada mulanya amat susah sekali...nak yakinkan mak bukan mudah sbb semua mak dlm dunia hanya nak yg terbaik dan terbest utk anaknya....ya saya paham semua tuh sbb saya pun dah jd mak....
mak...moga apa yg saya buat akan kita rasakan keindahannya bersama...InsyaAllah


Suami...
suami yg terchinnttaaaaa dah sembuh dr segala dugaan , dr infection yg buat dia hilang 13kg dlm 8 days, hinggalah 2 holes dig from bone marrow aspiration last week, walau kata suami masih terasa sengal2 kat belakangnya...sekarang masih menunggu jawapan test tu...moga2 semua yang baik2 utk kami sekeluarga....
suami terus menyokong usaha isterinya ini tanpa jemu, tanpa pernah merendahkan keupayaan dah selalu menyokong...suami yg terbaik pernah diimpikan dan Allah dah makbulkan segalanya...dialah menjadi tulang belakang yg selalu memberi idea dan teguran ..kalau tak isteri tak akan sampai ke tahap hr ini...walau pun bukan besar sgt apa yg diusahakan, harap2 apa yg dah tercapai adalah ganjaran sokongan penuh kasih suami.... (melayunya aku.....aku mmg melayu)

Business...
alhamdulillah terus berdaya maju, i will not sit n just waiting for that one to grow..i will walk, walk n one day i will run...
yang penting i work hard for me, my family n my future...terms & conditions dlm business kener apply...so tak sia2 aku mengaji dulu sbb dlm hidup harian akan digunakan... (tu yang i always try to explain to mak...)

Max Family...(here)
sebuah keluarga yg sgt2 disayangi...Sunday ada gathering at my place for buka puasa...dgn family ini kami keluarga Chronic Myleoid Leukemia (CML) sama2 berjln berani menuju ke hadapan dgn teguh....harapan, kebahagian dan penuh syukur...atas usaha selama ini...

List of things to do:
1- habiskan kelas ngaji after Ramadhan
2- completekan kelas renang
3- amik driving license


Book to finish:
1- The rules of life - R. templer
2- Wanita bertanya, Islam Menjawab
3- Imej dan Anda
4- Panduan menjahit baju kurung lengkap

DVD to finish:
1 -Chungking express
2- Sausalito
3- A better Tomorrow
4- Desperate hsewife season 2 & 3

DVD nak beli:
1- Stairway to heaven
2- Autumn in my heart


Semoga hari yang mendatang akan menjadi hari2 yg terindah untuk dihadapi walaupun berat dugaan mendatang....kerana dugaan mencantikkan hidup kita.

PS: bila lah nak lepak kedai buku lg...rindu...





Announcement

Salam to all reader...
Please to announce that new fabric (printed jersey) from Korea will be arrived at my place by this coming Saturday (tentatively by 5.00pm).
If i have time, I will try to upload ASAP for a view (of coz for tudung order too).

For time being i will not be able to sell online as time is very crucial. This week and next week I am finishing all Raya Aidilfitri orders and will be deliver before last week of Ramadhan (before 15 Sept).

For those around Klang Valley area, please help yourself by collecting the things from my place. I will be available at 5.00pm- 6.30pm (Mon - Fri). Please call for that.


PS:
Tudung raya saya warna apa? Bila nak jahit tuh? huhuhuhu

Jubah - LIMITED EDITION

Embroidery bahagian kaki

Gambar penuh 1 - size 40

lagi gambar penuh 2


Jubah for sales comes in size of 38, 40, 42, 44, 46, 48 (subject to availability).

Price RM 130-150 per piece. (size count)

All in black color only.

The embroidery may be various from the sample shown but roughly the design is quite same. (hand and feet embroidery).

Ready to be deliver...


Awning brocade + Swarzowski bling (ORIGINAL) for plain body tudung. If interested please email me for other choice of colour (turquoise, purple, green, black and pink soft)








Those above available 1 pc to order size M, Thai silk awning











Please do not hesitate to contact me if you interested to order what is available. Email will do.
50% deposit is a must upon order and balance before delivery.
For Aidilfitri order will only delivered by 13th September - by post only, the rest can collect during last week of Ramadhan.